Rabu, 24 September 2008

sabun...

sabun adalah suatu kemestian bagi kita. tetapi dengan adanya shower body cream, and etc sabun semakin dilupakan. tahukah anda, pada zaman dahulu kala orang2 lama langsung tidak menggunakan sabun ketika membersihkan diri. pada masa itu masih belum ada yang tahu bagaimana menghasilkan sabun. oleh itu, kebanyakan mereka tinggal berhampiran sungai sebagai sumber utama membasuh dan membersihkan diri. menurut legenda roman, sabun mendapat nama daripada mount sapo. di gunung ini adalah tempat korban binatang-binatang. hujan yang turun telah membasuh minyak-minyak haiwan ini bersama-sama dengan abu-abu kayu melalui tanah liat di sepanjang sungai tiber. dan apabila mereka membasuh menggunaan air ini, mereka mendapati adalah lebih mudah bersih berbanding air biasa. tetapi orang-orang german juga turut mendakwa bahawa mereka menemui sabun yang mereka gunakan untuk mewarnakan rambut mereka.
kini, kita dapat lihat berbagai-bagai jenis sabun dijual dipasaran dengan kelebihan tersendiri. ada diantara sabun-sabun ini dihasilkan daripada minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak jasmin, minyak zaitun dan banyak lagi. di malaysia, penghasilan sabun berkualiti tinggi adalah kurang kerana kita tidak dapat handle methanol yang digunakan dalam penghasilan sabun berkualiti tinggi ini. salah satu cara mudah untuk kita mengenalpasti kualiti sabun adalah ketika kita menggunakannya. sekiranya selepas mandi, air sabun yang telah kita gunakan terdapat mendakan yang kotor maka sabun yang kita gunakan adalah dari proses yang berkualiti rendah.

Tiada ulasan:

Jenis ikan di Sabah(Lahad Datu)

Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempa...