benarkah ia amat berkesan
di negara-negara barat memang popular dengan penggunaan ubat gegat dalam kenderaan. ia dipercayai mampu menjimatkan penggunaan minyak petrol. hanya perlu memasukkan beberapa biji ubat gegat dalam enjin minyak dan kita mampu bergerak lebih jauh. ia turut diaplikasikan dalam alat penjimat minyak yang banyak dihasilkan sekarang. sejauh mana kebenaran ini tidak dapat saya pastikan kerana belum mencubanya sendiri. berdasarkan pendapat orang ramai yang telah mencuba, ia ternyata amat berkesan tanpa memberi impak kepada enjin. untuk mendapatkan kepastian, menurut sumber internet kandungan ubat gegat memang mampu menjimatkan minyak!!! ia sesuatu yang amat menakjubkan. namun jangan tersilap langkah kerana ubat gegat terdiri dari dua jenis iaitu yang mengandungi unsur naphthalene dan p-dichlorobenzene. kebanyakan di pasaraya sekarang tidak lagi menjual ubat gegat lama yang mengandungi naphthalene(berwarna putih) sebaliknya menjual ubat gegat moden yang berwarna-warni. menurut sumber internet, ubat gegat lama iaitu naphthalene sesuai untuk tujuan penjimatan ini. sebaliknya dengan penggunaan ubat gegat moden, tindakbalas antara dichlorobenzene dengan minyak petrol akan menghasilkan asid hidroklorik yang boleh menghakis permukaan dalam enjin kereta. ini bukanlah bermakna penggunaan ubat gegat lama adalah selamat kerana berkemungkinan besar engine get loaded dengan deposit carbon. untuk jangka masa pendek, memang ia menguntungkan pengguna tetapi kita harus ambil kira untuk jangka masa yang panjang.
Langgan:
Catatan (Atom)
Jenis ikan di Sabah(Lahad Datu)
Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempa...

-
Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempa...
-
video ini menunjukkan cara-cara menghasilkan ais panas. p/s for under age: do not try at home!!i
-
Pernahkah anda ke pasaraya untuk membeli bahan dapur dan terjumpa label 'organik' terpapar padanya? Pasti anda tertanya tanya menga...