Jumaat, 5 Mei 2017

Baja Organik

Pernahkah anda ke pasaraya untuk membeli bahan dapur dan terjumpa label 'organik' terpapar padanya? Pasti anda tertanya tanya mengapa produk organik ini lebih mahal berbanding yang biasa didapati.  Kini  orang ramai mula menyedari akan kepentingan makanan berasaskan bahan organik yang tidak tercemar dengan sebarang baja tak organik dan racun tak organik. Kesedaran masyarakat ini memberikan inspirasi kepada industri pertanian untuk mengambil langkah drastik dengan menghasilkan produk bersifat mesra alam dan tidak memberikan kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa yang panjang. Samada ianya organik atau tidak semua pilihan terletak pada tangan kita sebagai pengguna. Petani mungkin sahaja memilih pertanian berasaskan baja dan racun tidak organik. Ia sangat memudahkan kerja mereka dan mampu memberikan pulangan hasil yang lumayan. Namun ada juga petani yang menggunakan baja dan racun organik buatan sendiri dan tindakan mereka ini harus mendapat pujian. Baja itu pada dasarnya mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar dan menghasilkan buah yang banyak. Namun perkara penting yang harus kita faham adalah apakah kelebihan menggunakan baja organik sebagai agen yang mampu membantu dalam proses pertumbuhan pokok yang ditanam. Semua baja organik pada dasarnya berasal dari sumber alam semulajadi. Ia boleh saja berasal dari sisa makanan, sisa pertanian, dan buangan binatang ternakan. Kesemua bahan ini adalah terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja kerana ia mengandungi nutrien yang amat berharga. Nutrien ini tidak tersedia secara terus kerana ia perlu diuraikan secara perlahan-lahan oleh bakteria dan mikroorganisma  yang terdapat dalam tanah. Memandangkan proses penguraian ini mengambil masa yabg lebih panjang ia memberi kelebihan pada jenis baja ini dari segi penyerapan maksimum. Berbanding baja tak organik yang telah tersedia dalam bentuk nutrien individu mempunyai kadar serapan yang minimum. Proses penguraian yang perlahan ini bukan sahaja memaksimumkan serapan malah ia juga amat baik dalam membentuk tanah yang memiliki pengudaraan dan pengairan yang baik. Dengan cara ini juga kita sebagai manusia bukan sahaja mendapat manfaat dari hasil tuaian malah kita juga memberikan alam sekitar imbalan yang baik. Walaupun baja organik ini perlukan ketelitian yang maksimum dalam penghasilannya namun ia amat berbaloi untuk dipelajari. Jika dilihat dari sudut teorinya baja organik mengandungi kurang kepekatan nutrien berbanding baja komersial. Namun harus diingat bahawa baja organik ini mengandungi semua makro dan mikro nutrien. Oleh itu mari kita mulakan dengan pembuatan baja kompos dalam skala kecil. Perkara utama yang harus menjadi perhatian ialah komposisi utama baja kompos itu sendiri. Ia haruslah memiliki sumber Nitrogen yang terdapat dalam sisa haiwan ternakan, sumber Carbon yang terdapat dalam sisa pertanian ataupun tumbuhan, air dan oksigen yang mencukupi. Dalam menghasilkan baja kompos apakah perkara yang harus diberi perhatian. Perkara pertama adalah nisbah N/C. Ia haruslah memiliki nisbah 2:1 iaitu dua bahagian N dan satu bahagian C. Perkara kedua adalah kelembapan. Ia mestilah tidak terlalu berair untuk mengelakkan bau busuk dan tidak terlalu kering yang menyebabkan proses penguraian menjadi lambat. Ketiga adalah oksigen. Oksigen adalah amat perlu bagi bakteria dan mikroorganisma. Oleh itu bagi mendapatkan oksigen yang sekata bahan kompos hendaklah sentiasa dibolak balikkan. Perkara keempat yang harus mendapat perhatian ialah suhu kompos itu sendiri. Untuk mengetahui adakah anda berada pada landasan yang betul dengan memastikan suhu kompos berada sekitar 50~60 c. Ia adalah gambaran proses penguraian berlaku dan pada akhirnya suhu akan menurun semula jika aktiviti penguraian telah tamat.

Selasa, 31 Januari 2017

come back

Assalamualaikum...

Setelah kian lama menyepi, saya kembali lagi ke dunia blogger dengan status baharu. Kini bergelar isteri dan ibu kepada empat orang bayi yang sangat comel. Syukur kepada tuhan atas segala rahmatnya masih bernafas hingga kini. Semoga post dalam blog ini memberi manfaat kepada anda 


Jenis ikan di Sabah(Lahad Datu)

Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempa...