Ahad, 9 Februari 2020

Jenis ikan di Sabah(Lahad Datu)

Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempat lain. Hasil laut ini terdiri daripada spesis ikan, kerang kerangan, rumpai laut dan sebagainya. Saya akan memperkenalkan serba sedikit hasil laut di daerah saya iaitu Lahad Datu.

IKAN MERAH
🐳 ia juga dikenali sebagai ikan merah iyak iyak, babaan dan di sebut sebagai red snapper.
🐳biasanya ia dijadikan ikan masin kerana rasanya yang pedar bagi sesetengah orang.

IKAN MERAH BULUK
🐳ia juga dikenali sebagai ikan merah tabung. Ikan ini mendapat permintaan yang tinggi kerana isinya yang lembut dan lebih sedap jika dibandingkan dengan ikan merah red snapper.
🐳ikan merah jenis ini juga terbahagi kepada beberapa jenis lagi mengikut warnanya. Ada juga berwarna merah hati, berwarna keemasan dan yang berwarna merah pudar.


IKAN AGOHOT
🐳ia juga dikenali sebagai ikan arut. Ikan ini memiliki sisik yang keras namun isinya amat lembut. Kebiasaannya ia di panggang atau di masak secara kukus. Ia juga terdapat dalam dua jenis iaitu yang berwarna kuning dan hitam. Ikan berwarna kuning seringkali mendapat permintaan yang tinggi terutama dari masyarakat cina.

IKAN KULISI
🐳ia juga dikenali sebagai ikan kerisi. Digelar sebagai japanese threadfin bream. memiliki isi yang lembut. Saiz yang lebih besar dikenali sebagai kulisi bali. Sesuai di olah menjadi apa jua jenis masakan.
IKAN TALANG
🐳 terdapat dalam dua warna iaitu kuning dan hitam. Terdapat tompok hitam diatas badannya. Biasanya talang berwarna kuning mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lemak. Ikan ini sangat sesuai dijadikan ikan masin. Namun boleh juga di olah menjadi ikan panggang, goreng dan masak lemak.
IKAN BELITUNG
🐳ia juga dikenali sebagai dorado. Terkenal dengan ketangkasannya di laut. Seperti juga spesis talang, penggemar ikan ini menjadikan ia sebagai hidangan panggang. Badannya panjang dan berisi tebal.

IKAN TOMPAKAN
🐳Ia juga dikenali sebagai ikan tanda kerana terdapat satu tompok hitam berhampiran ekornya. Ikan ini juga mendapat permintaan tinggi kerana isinya yang lembut seolah olah ikan merah.
IKAN TIDUR
🐳Namanya sudah dapat menggambarkan tabiat ikan ini. Terkenal dengan sifatnya yang ikut haluan arus seolah olah sedang tidur. Dalam bahasa Brunei ia dikenali sebagai ikan pelaya. Ia sesuai di olah menjadi apa jua jenis masakan.
IKAN KUTAMBAK
🐳 ia berasal dari spesis ikan batu. Rasanya seperti ada rasa lumpur. Namun ikan ini ada peminatnya yang tersendiri. Sesuai di jadikan apa jua jenis masakan. Terdapat beberapa jenis ikan kutambak. Ada petua orang lama, kalau hendak memilih isi ikan yang lembut kena patahkan sedikit ekornya. Jika tidak patah bererti isi ikan akan liat jika dimasak.

IKAN BELANAK
🐳 ia terbahagi kepada dua jenis iaitu kuning dan hitam. Berwarna kuning mendapat permintaan tinggi. Diperolehi dengan cara dipukat. Isinya juga lembut.

IKAN PISANG PISANG
🐳 ia juga dikenali sebagai ikan kunyit kerana warnanya yang kuning. Ikan ini mendapat permintaan yang tinggi dari semua bangsa termasuk cina. Isinya yang lembut menjadi buruan.


IKAN BUNAK
🐳Ikan ini mempunyai bentuk badan yang lebar dan bulat seperti bola. Biasanya ikan ini diolah untuk masakan asam pedas. Ia juga hadir dalam dua kategori kuning dan hitam. Hitam kurang mendapat permintaan kerana bagi sesetengah orang isinya berbau seperti sapi.

IKAN KERAPU MERAH
🐳 ikan ini mempunyai pasaran tinggi terutama dari masyarakat cina. Juga digelarkan sebagai ikan tujuh bintang kerana terdapat bintik bintik biru di mulut dan badannya. Permintaan untuk ikan ini sangat tinggi terutama ketika perayaan tahun baru cina


IKAN KOBAL
🐳 ia juga dikenali sebagai ikan jaket. Ia sinonim dengan masakan panggang kerana kulinya yang keras. Namun ikan ini juga boleh di goreng dan sebagainya. Isinya juga lembut dan tidak terlalu bertulang.

IKAN BULAN BULAN
🐳ia memiliki tulang yang banyak. Namun rasanya yang sangat kuat menjadikan ia pilihan utama dalam pembuatan bebola ikan dan sangat penting dalam penghasilan mee tauhu. Isinya di ambil kemudian disumbatkan kedalam tauhu dan dihidangkan bersama mee. Bukan itu sahaja ia juga sesuai digoreng dan dipanggang.

IKAN YELLOWTAIL
🐳 juga dikenali sebagai yellowtail amberjack atau ikan putih pondan.  Memiliki garis kuning di atas badannya.


IKAN MERAH ANDUHAU
🐳 dikenali sebagai ikan merah anduhau. Berwarna merah dan bersisik. Memiliki bau seperti ubat membuatkan ramai kurang menggemarinya. Namun setelah dimasak bau itu akan hilang dan kita dapat menikmati isinya yang lembut dan enak.

IKAN LAPPE
🐳 ia tergolong dalam spesis ikan batu. Ikan ini memiliki sisik dan bintik hitam

Ahad, 15 September 2019

Mulberi




Buah mulberi atau nama saintifiknya Morus Nigra adalah buah yang mengandungi banyak khasiat. Ia terdiri daripada beberapa jenis dan biasanya hidup subur di kawasan iklim sederhana. Pokoknya tidak terlalu tinggi dan cepat membesar pada awalnya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila matang dan bertukar hitam apabila masak sepenuhnya. Ia mempunyai rasa masam manis.
Buah ini mempunyai khasiat seperti :
* membantu proses penghadaman
* mengurangkan kadar kolestrol
*membantu mengurangkan berat badan
* membina tisu tulang
* meningkatkan sistem imun kerana kandungan alkaloidnya
Daunnya digunakan sebagai sumber makanan untuk ulat sutera. Selain itu daunnya juga di keringkan untuk dijadikan teh herba yang disebut sebagai Tisanes.



Jumaat, 5 Mei 2017

Baja Organik

Pernahkah anda ke pasaraya untuk membeli bahan dapur dan terjumpa label 'organik' terpapar padanya? Pasti anda tertanya tanya mengapa produk organik ini lebih mahal berbanding yang biasa didapati.  Kini  orang ramai mula menyedari akan kepentingan makanan berasaskan bahan organik yang tidak tercemar dengan sebarang baja tak organik dan racun tak organik. Kesedaran masyarakat ini memberikan inspirasi kepada industri pertanian untuk mengambil langkah drastik dengan menghasilkan produk bersifat mesra alam dan tidak memberikan kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa yang panjang. Samada ianya organik atau tidak semua pilihan terletak pada tangan kita sebagai pengguna. Petani mungkin sahaja memilih pertanian berasaskan baja dan racun tidak organik. Ia sangat memudahkan kerja mereka dan mampu memberikan pulangan hasil yang lumayan. Namun ada juga petani yang menggunakan baja dan racun organik buatan sendiri dan tindakan mereka ini harus mendapat pujian. Baja itu pada dasarnya mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar dan menghasilkan buah yang banyak. Namun perkara penting yang harus kita faham adalah apakah kelebihan menggunakan baja organik sebagai agen yang mampu membantu dalam proses pertumbuhan pokok yang ditanam. Semua baja organik pada dasarnya berasal dari sumber alam semulajadi. Ia boleh saja berasal dari sisa makanan, sisa pertanian, dan buangan binatang ternakan. Kesemua bahan ini adalah terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja kerana ia mengandungi nutrien yang amat berharga. Nutrien ini tidak tersedia secara terus kerana ia perlu diuraikan secara perlahan-lahan oleh bakteria dan mikroorganisma  yang terdapat dalam tanah. Memandangkan proses penguraian ini mengambil masa yabg lebih panjang ia memberi kelebihan pada jenis baja ini dari segi penyerapan maksimum. Berbanding baja tak organik yang telah tersedia dalam bentuk nutrien individu mempunyai kadar serapan yang minimum. Proses penguraian yang perlahan ini bukan sahaja memaksimumkan serapan malah ia juga amat baik dalam membentuk tanah yang memiliki pengudaraan dan pengairan yang baik. Dengan cara ini juga kita sebagai manusia bukan sahaja mendapat manfaat dari hasil tuaian malah kita juga memberikan alam sekitar imbalan yang baik. Walaupun baja organik ini perlukan ketelitian yang maksimum dalam penghasilannya namun ia amat berbaloi untuk dipelajari. Jika dilihat dari sudut teorinya baja organik mengandungi kurang kepekatan nutrien berbanding baja komersial. Namun harus diingat bahawa baja organik ini mengandungi semua makro dan mikro nutrien. Oleh itu mari kita mulakan dengan pembuatan baja kompos dalam skala kecil. Perkara utama yang harus menjadi perhatian ialah komposisi utama baja kompos itu sendiri. Ia haruslah memiliki sumber Nitrogen yang terdapat dalam sisa haiwan ternakan, sumber Carbon yang terdapat dalam sisa pertanian ataupun tumbuhan, air dan oksigen yang mencukupi. Dalam menghasilkan baja kompos apakah perkara yang harus diberi perhatian. Perkara pertama adalah nisbah N/C. Ia haruslah memiliki nisbah 2:1 iaitu dua bahagian N dan satu bahagian C. Perkara kedua adalah kelembapan. Ia mestilah tidak terlalu berair untuk mengelakkan bau busuk dan tidak terlalu kering yang menyebabkan proses penguraian menjadi lambat. Ketiga adalah oksigen. Oksigen adalah amat perlu bagi bakteria dan mikroorganisma. Oleh itu bagi mendapatkan oksigen yang sekata bahan kompos hendaklah sentiasa dibolak balikkan. Perkara keempat yang harus mendapat perhatian ialah suhu kompos itu sendiri. Untuk mengetahui adakah anda berada pada landasan yang betul dengan memastikan suhu kompos berada sekitar 50~60 c. Ia adalah gambaran proses penguraian berlaku dan pada akhirnya suhu akan menurun semula jika aktiviti penguraian telah tamat.

Selasa, 31 Januari 2017

come back

Assalamualaikum...

Setelah kian lama menyepi, saya kembali lagi ke dunia blogger dengan status baharu. Kini bergelar isteri dan ibu kepada empat orang bayi yang sangat comel. Syukur kepada tuhan atas segala rahmatnya masih bernafas hingga kini. Semoga post dalam blog ini memberi manfaat kepada anda 


Jumaat, 2 Januari 2009

amazing jellyfish!!!

menakjubkan!!! tahniah kepada ketiga-tiga pemenang hadiah nobel prize untuk tahun 2008 kerana penemuan terbaru mereka yang amat berguna dalam bidang perubatan. jellyfish yang selama ini hanya dikagumi kerana warnanya yang indah didalam air kini lebih dikenali dimata dunia sebagai langkah permulaan dalam penerokaan dunia baru dalam bidang perubatan. jellyfish yang memantulkan semula sinaran ultalembayung kepada warna hijau mengandungi protein yang menjadi asas kepada penemuan ini. protein yang terdapat didalam jellyfish ini mampu bertindak seperti protein yang terdapat dalam badan manusia. sekiranya protein jellyfish ini dimasukkan ke dalam badan manusia ia akan pergi ke mana jua protein semulajadi badan manusia pergi. hal ini membolehkan para saintis melihat secara lebih terperinci hingga ke tahap mampu melihat pembelahan mitosis dengan sempurna.

Rabu, 24 September 2008

teflon

mungkin anda baru mendengar perkataan ini kerana ia adalah satu perkara yang baru di malaysia. kita tidak mengetahui bahawa periuk yang dijual secara meluas kini mengandungi polymer yang sangat lengai terhadap persekitarannya iaitu polytetrafluoroethylene(ptfe). ia amat di kenali sebagai nama teflon. baru-baru ini, saya membuat experiment untuk mengenalpasti polimer yang diberikan oleh pensyarah. hampir nak nangis diwatnya. sample tu berwarna putih seperti susu, dan berbentuk bujur. nak kenalpasti guna kaedah solubiliti. semua pelarut yang dicadangkan iaitu water, toluene, cyclohexanone, cresol, dmf, xylene, dan chloroform dah digunakan namun sample tu masih jugak xlarut even selepas dimasukkan ke dalam water bath. oleh itu, saya membuat kesimpulan ia adalah ptfe. rasa mustahil pula dapat sample ptfe coz sebelum ni pensyarah xpenah bg sample ptfe. bila sent report, fortunately memang benar sample yang diberi pada aku adalah ptfe. proud to be the first one yang dapat sample ptfe. hehe...
untuk second sample, terkejut bila lecturer bagi yogourt cup and kena find out ia diperbuat dari apa. sudah tentu kita dapat buat andaian ia adalah dari polystyrene(ps). untuk kepastian, saya buat ujian keterlarutan tapi untuk pelarut yang last sekali iaitu acetone, sample seolah-olah larut tetapi selepas pelarut acetone ditambah ia still in between larut dan xlarut. sampai sekarang saya xtahu apa penjelasan untuk pemerhatian ni. kalau nak kata ia diperbuat dari poly(methyl methacrylate) mustahil pulak sebab pmma biasa digunakan untuk kapal terbang xkan lah diguna untuk yogourt cup. jadi saya buat kesimpulan ia adalah polystyrene dan memang benar ia daripada polystyrene. dari hari tu, setiap kali terpandang yogourt cup pasti teringat semula experiment tu. memang seronok...


ais panas???

video ini menunjukkan cara-cara menghasilkan ais panas.
p/s for under age: do not try at home!!i

Jenis ikan di Sabah(Lahad Datu)

Sabah terkenal dengan hasil lautnya. Bukan sahaja terkenal dengan hasil laut yang kaya malah juga amat murah jika dibandingkan dengan tempa...